Negara Maju

on Sabtu, 04 Agustus 2012

Takrifan
Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung PBB, menakrifkan negara maju seperti berikut. "Negara maju ialah negara yang membolehkan semua warganya menikmati kehidupan yang bebas dan sihat dalam suasana yang aman."[1] Mengikut Bahagian Statistik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pula,
Tiadanya konvensyen tetap yang menentukan negara atau kawasan yang "maju" dan "membangun" dalam sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[2]
Jelasnya,
Gelaran "maju" dan "membangun" adalah untuk tujuan kemudahan statistik, dan tidak semestinya menyatakan perkiraan mengenai tahap mana yang dicapai negara atau rantau tertentu dalam proses pembangunan.[3]
Tambahnya lagi,
Secara lazimnya, Jepun di Asia, Kanada dan Amerika Syarikat di Amerika Utara, Australia dan New Zealand di Oceania, dan Eropah dianggap sebagai rantau atau kawasan "maju". Mengikut statistik perdagangan antarabangsa, Kesatuan Kastam Afrika Selatan juga dikira sebagai kawasan maju dan juga Israel sebagai negara maju; negara-negara yang bangkit dari bekas Yugoslavia dikira sebagai negara membangun; dan negara-negara Eropah Timur dan Komanwel Negara-Negara Merdeka (kod 172) di Eropah tidak terkira sebagai rantau maju mahupun membangun.[2]
Mengikut pengelasan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebelum April 2004, semua negara Eropah Timur (termasuk negara Eropah Tengah yang masih tergolong dalam "Kelompok Eropah Timur" dalam institusi PBB) dan juga negara-negara bekas Kesatuan Soviet di Asia Tengah (Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Turkmenistan) dan Mongolia, belum juga disenaraikan sebagai kawasan maju atau membangun, sebaliknya disebut "negara dalam peralihan" (countries in transition); namun demikian negara-negara tersebut dianggap ramai (dalam laporan antarabangsa) sebagai "negara membangun". Pada abad ke-21, Empat Harimau Asia yang asli, iaitu Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Korea Selatan[4][5][6], dianggap sebagai rantau atau kawasan "maju", beserta Cyprus,[7] Israel,[7] dan Slovenia,[7] yang dianggap sebagai "negara maju baru".
Indeks Pembangunan Manusia
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d2/UN_Human_Development_Report_2009.PNG/320px-UN_Human_Development_Report_2009.PNG
http://bits.wikimedia.org/static-1.20wmf8/skins/common/images/magnify-clip.png
Peta dunia yang menandakan Indeks Pembangunan Manusia (berasaskan data 2007, terbitan 5 Oktober 2009)[kutipan diperlukan]
██ 0.950 and Over ██ 0.900–0.949 ██ 0.850–0.899 ██ 0.800–0.849 ██ 0.750–0.799
██ 0.700–0.749 ██ 0.650–0.699 ██ 0.600–0.649 ██ 0.550–0.599 ██ 0.500–0.549
██ 0.450–0.499 ██ 0.400–0.449 ██ 0.350–0.399 ██ under 0.350 ██ not available
Indeks Pembangunan Manusia PBB ialah sejenis kaedah pengukuran statistik yang mengukur tahap pembangunan insan sesebuah negara. Walaupun nyata ada hubung kait yang kukuh antara bermarkah IPM tinggi dan kemakmuran ekonomi, namun PBB menjelaskan bahawa IPM vbukan sekadar mengambil kira pendapatan dan daya pengeluaran. Berbeza dengan KDNK per kapita atau pendapatan per kapita, IPM mengambil kira bagaimana pendapatan itu "membuka peluang pendidikan dan kesihatan; dengan itu mencapai tahap pembangunan manusia yang lebih tinggi." Contohnya, walaupun Itali dan Amerika Syarikat jauh berbeza KDNK per kapitanya, namun kedua-dua negara agak sama kedudukannya dari segi pembangunan insan secara keseluruhan.[8]
Sejak tahun 1980, Norway (2001-2006 dan 2009), Jepun (1990-91 dan 1993), Kanada (1992 dan 1994-2000) dan Iceland (2007-08) mencapai markah IPM tertinggi. Negara yang bermarkah lebih 0.800 dianggap ada pembangunan insan bertaraf "tinggi". 38 negara teratas mencatat markah 0.902 in Malta hingga 0.971 dan Norway.[9]
Kebanyakan negara yang disenaraikan oleh IMF atau[10] CIA sebagai "maju" (pada tahun 2009), mencatat IPM melebihi 0.9 (pada tahun 2007). Kebanyakan negara[11] yang mencatat IPM 0.9 ke atas (pada tahun 2007), juga disenaraikan oleh IMF atau CIA sebagai "maju" (pada tahun 2009). Oleh yang demikian, kebanyakan "ekonomi maju" (pada tahun 2009) dicirikan dengan markah HDI 0.9 ke atas (pada tahun 2007).
Indeks terkini dikeluarkan pada 5 Oktober 2009, meliputi tempoh sehingga tahun 2007. Berikut ialah 38 negara yang dikelaskan sebagai memiliki "Pembangunan manusia amat tinggi" dengan IPM pada 0.900 atau lebih.[12]
  1. Bendera Norway Norway 0.971 ()
  2. Bendera Australia Australia 0.970 ()
  3. Bendera Iceland Iceland 0.969 ()
  4. Bendera Kanada Kanada 0.966 ()
  5. Bendera Ireland Ireland 0.965 ()
  6. Bendera Belanda Belanda 0.964 ( 1)
  7. Bendera Sweden Sweden 0.963 ( 1)
  8. Bendera Perancis Perancis 0.961 ( 3)
  9. Bendera Jepun Jepun 0.960 ()
  10. Bendera Switzerland Switzerland 0.960 ()
  11. Bendera Luxembourg Luxembourg 0.960 ( 3)
  12. Bendera Finland Finland 0.959 ( 1)
  13. Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat 0.956 ( 1)
  1. Bendera Austria Austria 0.955 ( 2)
  2. Bendera Sepanyol Sepanyol 0.955 ()
  3. Bendera Denmark Denmark 0.955 ( 2)
  4. Bendera Belgium Belgium 0.953 ()
  5. Bendera Itali Itali 0.951 ( 1)
  6. Bendera Liechtenstein Liechtenstein 0.951 ( 1)
  7. Bendera New Zealand New Zealand 0.950 ()
  8. Bendera United Kingdom United Kingdom 0.947 ()
  9. Bendera Jerman Jerman 0.947 ()
  10. Bendera Singapura Singapura 0.944 ( 1)
  11. Bendera Hong Kong Hong Kong 0.944 ( 1)
  12. Bendera Greece Greece 0.942 ()
  13. Bendera Korea Selatan Korea Selatan 0.937 ()
  1. Bendera Israel Israel 0.935 ( 1)
  2. Bendera Andorra Andorra 0.934 ( 1)
  3. Bendera Slovenia Slovenia 0.929 ()
  4. Bendera Brunei Brunei 0.920 ()
  5. Bendera Kuwait Kuwait 0.916 ()
  6. Bendera Cyprus Cyprus 0.914 ()
  7. Bendera Qatar Qatar 0.910 ( 1)
  8. Bendera Portugal Portugal 0.909 ( 1)
  9. Bendera Emiriah Arab Bersatu Emiriah Arab Bersatu 0.903 ( 2)
  10. Bendera Republik Czech Republik Czech 0.903 ()
  11. Bendera Barbados Barbados 0.903 ( 2)
  12. Bendera Malta Malta 0.902 ( 3)
Senarai Negara Maju lain
Hanya terdapat tiga pertubuhan yang mengeluarkan senarai "negara maju", iaitu PBB (senarai ditunjukkan di atas), CIA[13] dan FTSE Group (senarainya tidak dimasukkan kerana mengaitkan negara maju dengan negara berpendapatan tinggi dan berpasaran maju yang tidak dianggap relevan secara langsung di sini.[14] Namun demikian, terdapat banyak lagi pertubuhan lain yang mengeluarkan senarai seumpamanya yang dijadikan bahan rujukan untuk sesiapa yang membincangkan negara maju. IMF mengenal pasti 34 "ekonomi maju",[7] OECD yang terkenal dengan jolokan 'kelab negara maju' [15][16][17] dianggotai oleh 30 negara. Bank Dunia mengenal pasti 66 "negara berpendapatan tinggi". Pantauan kualiti hidup Economist Intelligence Unit dan senarai negara yang berkerajaan kebajikan juga dinyatakan dalam rencana ini. Ukuran-ukuaran bagi penggunaan senarai ini serta penyertaan negara dalam senarai berkenaan selalunya tidak dinyatakan dengan jelas, apalagi sesetengah senarai ini menggunakan data yang agak lama.
Ekonomi maju IMF
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/75/IMF_advanced_economies_2008.svg/300px-IMF_advanced_economies_2008.svg.png
http://bits.wikimedia.org/static-1.20wmf8/skins/common/images/magnify-clip.png
██ Negara-negara yang ditakrifkan sebagai Ekonomi Maju oleh IMF.
Menurut IMF, 34 negara berikut digolongkan sebagai "negara maju":[7]
CIA telah mengubah suai satu versi lama senarai Ekonomi Maju IMF. CIA menjelaskan bahawa senarai Ekonomi Maju IMF "mungkin juga meliputi"[13] beberapa negara kecil, iaitu:
Senarai CIA tidak memasukkan Cyprus, Republik Czech, Malta, Slovakia dan Slovenia yang kelima-limanya dimasukkan dalam senarai IMF semenjak senarai CIA membuat andaian sendiri mengenai senarai IMF, tetapi ada mengambil Turki.
Ahli Jawatankuasa Bantuan Pembangunan
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d4/DAC_members.svg/300px-DAC_members.svg.png
http://bits.wikimedia.org/static-1.20wmf8/skins/common/images/magnify-clip.png
Ahli-ahli Jawatankuasa Bantuan Pembangunan OECD.
Terdapat 24 ahli (23 negara anggota OECD terpilih dan Suruhanjaya Eropah) dalam Jawatankuasa Bantuan Pembangunan (Development Assistance Committee, DAC),[19] ialah sekumpulan negara penderma utama dunia yang membincangkan isu-isu berkenaan bantuan pembangunan dan pembasmian kemiskinana di negara-negara membangun.[20] Pada tahun 2010, negara anggota OECD berikut ialah ahli DAC:
Keahlian DAC terkecuali anggota OECD berikut: Republik Czech, Hungary, Iceland, Mexico, Poland, Slovakia dan Turki.

0 komentar:

Posting Komentar